Sunday, August 16, 2009

SENARAI SEMAK RAMADAN AL-MUBARAK





Perkara
- Menanti-nanti kehadiran bulan bulan Ramadan sejak bulan Rejab atau Sya’ban

- Amat gembira dengan kemunculan bulan Ramadan

- Membuat perancangan ibadat sepanjang bulan Ramadan

- Mohon bantuan dan pertolongan daripada Allah untuk menghadapi bulan Ramadan dengan jaya.

- Mohon “halawah” (kemanisan) ibadat.

- Berazam menunaikan ibadat puasa dengan sempurna tanpa cacat

- Memilih makanan yang halal semasa berbuka.

- Berbuka didahului dengan buah kurma

- Tidak melengahkan solat Maghrib selepas berbuka

- Berazam solat fardu secara berjamaah sepenuhnya di masjid / surau

- Bertekad solat taraweh berjamaah di masjid / surau setiap malam

- Memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa

- Memperbanyakkan sedekah / derma

- Memperbanyakkan taubat dan istighfar

- Menghabiskan bacaan al-Qur’an satu juzuk sehari

- Bertekad tahajjud setiap malam walaupun hanya dua rakaat

- Berdoa agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar

- Beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

- Memaafkan semua kesalahan orang ke atas diri kita walaupun mereka tidak meminta maaf

- Mohon kemaafan dari kedua ibu bapa

- Berdoa supaya Allah menerima puasa dan semua ibadat sepanjang bulan Ramadan.

- Berdoa agar dapat bertemu lagi bulan Ramadan akan datang

RAMADHAN DAN ANDA



[1] Penuh Kebaikan
Rumah pada setiap keadaan khususnya di bulan Ramadhan sepatutnya dipenuhi dengan kebaikan. Semua ahli berlumba-lumba untuk melakukannya. Salafussoleh pernah berkata: “Jika kamu mampu, pastikan jangan ada yang mendahului kamu dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah.” Malah Allah sendiri berfirman di dalam al Quran yang bermaksud: “Berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan.” FirmanNya lagi: “Orang yang saling berlumba-lumba (dalam kebaikan), maka mereka itulah orang-orang yang hampir kedudukannya (di sisi Allah). Alangkah indahnya jika setiap rumah menyusun pertandingan dalam melakukan kebaikan sesama ahli keluarga; tidak kira pada aspek perilaku ataupun akhlak, sedekah, tilawah al Quran dan juga ibadat-ibadat yang lain.

[2] Al Quran Sering Berkumandang
Al Quran dan Ramadhan sentiasa berkait rapat. Malaikat Jibrail a.s. sendiri akan bertadarus dengan baginda s.a.w .setiap hari di bulan Ramadhan. Pada tahun kewafatannya, baginda s.a.w .telah bertadarus bersama Malaikat Jibrail as sebanyak dua kali sepanjang tempoh Ramadhan. Justeru alangkah baiknya kalau diadakan majlis-majlis doa dan juga ibtihal bersama al Quran. Diriwayatkan bagaimana Anas ra apabila telah khatam al Quran, maka dia akan menghimpunkan semua ahli keluarganya untuk sama-sama berdoa.

[3] Dipenuhi Unsur Kerohanian
Rumah di bulan Ramadhan seumpama bunga yang mengeluarkan bau yang cukup harum. Ia seakan cahaya yg menerangi setiap bahagiannya. Semua anggota di dalamnya akan berkumpul pada waktu sahur dan juga berbuka. Ketika itu semuanya saling menghayati erti keimanan. Ia menjadi semakin indah apabila diserikan lagi dengan majlis berbuka bersama dengan sanak saudara, rakan sekerja dan juga jiran tetangga. Perkara ini pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang, menerbitkan keceriaan, malah menyuburkan suasana keimanan.

[4] Penuh Kesedaran
Rumah yang mempunyai sifat ini pastinya akan berhati-hati sewaktu memilih terutamanya bahan-bahan dari media-massa. Neraca ukur mereka ialah sejauh manakah sesuatu perkara itu dapat melahirkan takwa kepada anggotanya. Ini tentunya bertepatan dengan nilai takwa yang menjadi antara objektif terbesar di sebalik ibadah puasa. Mereka cukup bimbang kalau-kalau perbuatan mereka itu akan merosakkan bulan yang penuh barakah ini sebagaimana yang disebut oleh Umar ra: “Puasa itu bukan sekadar menahan dari minum dan makan semata-mata, akan tetapi ia juga adalah menahan diri dari berdusta, melakukan kebatilan dan juga perkara yang sia-sia (lagho).”

Berikut adalah beberapa kebiasaan yang sepatutnya dikikis pada bulan yang mulia ini:• Membuang masa Sepatutnya tidak ada masa untuk melakukan perkara sia-sia. Baginda s.a.w .bersabda yang bermaksud: “Rugilah mereka yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Dan rugilah orang yang bangun malam (mengerjakan solat), tetapi hanya mendapat letih dan berjaga malam sahaja.”

• Banyak Tidur Puasa sepatutnya mengajar kita kurang tidur. Puasa bukan sahaja mengajar kita berlapar, malah mendidik kita supaya bangun malam (qiamullail), bangun sahur di waktu dinihari, menunaikan solat Subuh berjamaah, berzikir sehingga terbit matahari dan menunaikan solat Dhuha sebelum pergi ke tempat kerja.

• Kekenyangan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu berpuasa, maka ia lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.” Imam al Ghazali pernah berkata: “Puasa itu adalah penyuci jiwa dan riadhah kepada jasad. Perut yang lapar akan membuatkan hati bersih, membakar sikap disamping menajamkan lagi penglihatan. Sementara kekenyangan itu hanya akan menyebabkan dungu serta membutakan penglihatan.”

[5] Indahnya Malam
Alangkah indahnya kalau semua ahli keluarga dapat menghidupkan malam itu sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda saw, ahli keluarga dan para sahabatnya:.
Mereka menghidupkan malam dengan ketaatan kepada Tuhan (juga) dengan membaca Quran, bermunajat serta berdoa dengan penuh harap

[6] Menjelang Sepuluh Malam
Terakhir Peluang keemasan yang sepatutnya tidak dipersiakan. Daripada Aisyah ra berkata: Baginda s.a.w .telah bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, maka baginda akan mengikat kainnya (gambaran keadaan siap-siaga), menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya.” Di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa: Rasulullah s.a.w .bersungguh-sungguh pada 10 hari yang terakhir melebihi dari yang dilakukan pada hari-hari yang lain.”

[7] Lailatul Qadar
Bagi orang Islam ia merupakan malam yang penuh dengan kemuliaan, kebesaran dan ganjaran yang berlipat kali ganda iaitu menyamai 1000 bulan atau 83 tahun! Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al Quran) ini pada malam Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah itu Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun Malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al Qadr: 1- 5)

Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan hadis bermaksud: “Sesiapa menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan (ganjaranNya), maka baginya keampunan dosa-dosanya yang lalu.”

Baginda s.a.w .juga bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatul Qadr pada 10 hari yang terakhir (daripada bulan Ramadhan).”

Aisyah berkata kepada baginda saw: “Kalaulah aku diberi peluang menemui Malam Lailatul Qadr, maka apakah yang aku perlu aku katakan? Baginda menjawab: “Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunilah dosa-dosaku.”

TAHUKAH ANDA? Disamping menjadi bulan Ibadat dan membanyakkan taqarrub kepada Allah, ia juga adalah bulan jihad dan bulan kemenangan kepada umat Islam seperti yang tercatat indah di lembaran sejarah.
Antaranya ialah: PEPERANGAN DAN TARIKH
1. Badar Kubra, berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah
2. Fathu Mekah, berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah
3. Peperangan Al Qadisiyah berlaku pada tahun 15 Hijrah
4. Pembukaan Andalus berlaku pada tahun 92 Hijrah
5. Peperangan Ain Jalut berlaku pada 658 Hijrah
6. Pembebasan Sinai dari cengkaman Yahudi berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah

MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR'AN



Mukjizat secara ringkas adalah sesuatu yang menyalahi peraturan
alam yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada para rasul-Nya untuk
membuktikan kebenaran kerasulan mereka1. Saintifik pula bermakna
sesuatu yang dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains.
Oleh itu maksud mukjizat saintifik (Al-Qur'an) di sini, ialah ayat-ayat Al-Qur'an
yang membawa petunjuk ke arah ruang-ruang penyelidikan dan kajian yang
mendalam tentang lapisan langit dan bumi serta segala yang ada dalamnya.
Antara contoh-contoh fenomena alam itu termasuklah gerakan matahari,
bulan dan bumi, kekurangan oksigen di angkasa, persenyawaan awan,
pembahagian atom, gerakan bumi kerana hujan, perbezaan cap jari manusia,
arus dalaman dan permukaan dan sebagainya..

Mengenai arus dalaman dan permukaan umpamanya, Allah s.w.t. berfirman
maksudnya: "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan
(orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak
bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaannya)
gelap gelita berlapis-lapis –apabila orang itu mengeluarkan tangannya tak dapat ia
melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah!) sesiapa yang tidak dijadikan Allahmenurut
undang-undang peraturannya- mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka
tidaklah ia akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang
benar)". (Ayat: 40 surah An-Nur).

Dalam ayat ini antara lain terdapat isyarat kepada "arus dalaman" dan "ombak
arus permukaan". Ombak laut yang paling besar dan sangat menggerunkan
ialah ombak-ombak yang tidak dapat dilihat yang bergerak di dasar laut.
Sejak beberapa tahun yang lampau telah diketahui bahawa kapal-kapal yang
belayar di Kutub Utara sangat sukar bergerak pada tempat yang dinamakan
'air mati' yang sekarang ini dikenali sebagai arus dalaman.
Pada awal tahun 1900, pelaut-pelaut Scandinavia telah mendapati ada arus
di bawah permukaan air. Pada masa sekarang perkara ini lebih jelas lagi
diketahui, di mana arus dalaman ini kadang-kadang mencampakkan kapalkapal
selam, yang berlaku pada tempat air yang dalam, sama seperti ombakombak
permukaan laut mencampakkan kapal-kapal. Ombak-ombak ini,
berpecah apabila ia bertemu dengan arus teluk atau arus-arus lain yang kuat
di lautan dalam.

Ayat di atas mengatakan; “yang diliputi oleh ombak bertindih ombak” adalah
menunjukkan kepada ombak dalaman dan ombak-ombak permukaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan sifat yang diberikan oleh Al-Qur’an kepada laut
sebagai "lujji" ( لجي ) iaitu sangat dalam dan banyak mengandungi air.
Sebenarnya ayat yang mengisyaratkan tentang arus dalaman dan permukaan
di atas tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kedudukan ilmu dalam
masyarakat semasa ayat ini diturunkan.
Sejarah mencatitkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ummi
yang tidak ada kepandaian menulis dan membaca. Beliau lahir di Mekah
pada kurun ke 7 Masihi. Mekah pada masa itu bukanlah tempat penyebaran
ilmu-ilmu dunia. Muhammad s.a.w. pula sedikit pun tidak terdedah dengan
ilmu yang wujud di Syria, Iskandariah, Athen dan Rome. Teori saintifik yang
diiisyaratkan dalam Al-Qur'an tidak diketahui pada kurun berkenaan.
Kemajuan ilmu pengetahuan baru mula menyingkap rahsia ini sekitar abad
ke 18, 19 dan 206.

Kalau kita katakan bahawa Muhammad s.a.w. semasa mudanya pernah
melihat pandangan laut sebenarnya tidak lain dari melihat pantai laut Merah
atau Laut Mediteranian. Ini bukanlah sesuai dengan gambaran yang dibuat
oleh Al-Qur'an dalam ayat ini. Jadi nyatalah bahawa semua ini menjadi bukti
yang jelas kepada kita bahawa Al-Qur'an ialah wahyu Tuhan.

Thursday, July 23, 2009

dua Pictures, Images and Photos

Hukum-hukum Berkaitan Dengan Doa




1 Pengertian Do’a
Menurut bahasa do'a berasal dari kata "da'a" artinya memanggil. Sedangkan menurut
istilah syara' do'a berarti"Memohon sesuatu yang bermanfaat dan memohon terbebas atau tercegahdari sesuatu yang memudharatkan.

Adapun lafadz do'a yang ada dalam al Qur'an bisa bermakna sebagai berikut:

1. Ibadah, seperti rman Allah:
Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat
dan tidak memberi madharat kepadamu selain Allah, sebab jika kamu
berbuat demikian make, kamu termasuk orang-orang yang zhalim.
(Yunus: 106).

2. Perkataan atau Keluhan. Seperti pada rman Allah:
Maka tetaplah demikian keluhan mereka, sehingga kami jadikan mereka
sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi. (al
Anbiya: 15).

3. Panggilan atau seruan. Allah berrman:
Maka kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati
itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli dapat
mendengar seruan, apabila mereka itu berpaling ke belakang. (ar-
Rum: 52)

4. Meminta pertolongan. Allah berfirman:
Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang at Qur'an yang Kami
wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad) buatlah satu surat
yang semisal at Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain
Allah, jika kamu orang-orang yang benar. (al Baqarah: 23).

5. Permohonan. Seperti rman Allah:
Dan orang-orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjagapenjaga
jahannam: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu supaya Dia
meringankan azab dari kami barang sehari." (al Mukmin: 49).

2 Macam-Macam Do’a
Syeikh Abdurrahman bin Sa'diy berkata:
"Setiap perintah di dalam al Qur'an dan larangan berdo'a kepada selain
Allah, meliputi do'a masalah (permintaan) dan do'a ibadah."

Adapun perbedaan antara kedua macam do'a tersebut adalah:

1. Do'a masalah (permintaan) adalah: Meminta untuk diberikan manfaat dan
dicegah dari kemudharatan, atau sesuatu yang sifatnya permintaan. Dan ini dibagi
menjadi tiga:

a) Permintaan yang ditujukan kepada Allah semata dan ini (termasuk tauhid
dan berpahala. -red. vbaitullah)

b) Permintaan yang ditujukan kepada selain Allah, padahal dia tidak mampu
memenuhi dan memberikan permintaannya. Seperti meminta kepada
kuburan, pohon-pohon besar atau tempat-tempat keramat. Dan ini termasuk
syirik dan dosa besar.

c) Permintaan yang ditujukan kepada selain Allah pada hal-hal yang bisa
dipenuhi dan bisa dilakukan, seperti meminta prang lain, yang masih hidup
untuk memindahkan atau membawakan barangnya dan ini hukumnya boleh.

2. Do'a Ibadah maksudnya Semua bentuk ibadah atau ketaatan yang diberikan
kepada Allah balk lahiriah maupun batiniah, karena pada hakikatnya semua
bentuk ibadah misalnya shalat, puasa, Haji dan sebagainya, tujuan utamanya
adalah untuk mendapatkan ridha Allah dan dijauhkan dari azab-Nya.

3 Fadhilah (Keutamaan) Berdo’a

1. Do'a merupakan ibadah dan sebuah ketaatan alas perintah Allah. Allah berrman:
Dan Tuhanmu berrman: Berdo'alah kepadaKu, niscaya akan Kaperkenankan
bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina. (al Mukmin: 60).
Di dalam sebuah hadits disebutkan:
Dari an-Nu'man bin Basyir berkata, bahwa Rasulallah bersabda: Do'a adalah
ibadah.

2. Merupakan perbuatan yang paling mulia dan dicintai oleh Allah.
Dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda: Tidak ada sesaatu yang lebih mulia di sisi Allah dari do'a.

3. Do'a menghalangi kemurkahan Allah.
Karena orang yang tidak berdo'a kepada Allah, Allah akan marah kepadanya
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulallah,Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah akan marah padanya.

4. Do'a menunjukkkan kecerdasan dan kekuatan batin seseorang.
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda:
"Selemah-lemahnya manusia adalah orang lemah (jarang) berdo'a dan sebakhilbakhilnya
manusia adalah orang yang bakhil dalam mengucapkan salam.

5. Do'a bisa mencegah bencana yang belum terjadi dan menghilangkannya bila sudah
terjadi.Rasulullah bersabda:Tidak ada yang bisa menolak al Qadar (takdir) itu kecuali do'a.

6. Do'a menjadi perekat tali cinta dan kasih sayang sesama mukmin.
Karena seseorang yang mendo'akan saudaranya yang lain yang jauh, maka akan
dikabulkan. Allah berfirman:
Sesnngguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, Allah akan
menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Maryam:
96). Dan sudah disepakati bahwa do'a termasuk dalam iman dan amal shalih.

7. Berdo'a merupakan sifat orang-orang muttaqin.
Allah berfirman:

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar)
mereka berdo'a: Ya Tahan kami, beri ampuniah kami dan saudarasaudara
Kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah engkau menjadikan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (al Hasyr: 10).

Dan juga merupakan sifat para Nabi-nabi terdahulu, kalau mendapatkan
permasalahan mereka segera berdo'a kepada Allah, sebagaiamana yang diceritakan
oleh Allah dalam rmanNya:

"Maka Kami perkenankan do'anya, dan Kami menganugerahkan Yahya
kepadanya. Dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung.
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera
dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka
berdo'a kepada Kami dengan harap dan cemas, dan mereka adalah
orang-orang yang khusyuk kepada Kami." (al Anbiya: 90).

8. Do'a menjadikan seseorang tsabat (teguh/kokoh) dalam menghadapi musuh dan
sarana untuk mendapatkan pertolongan.Sebagaimana kisah Thalut dengan pasukan seadanya mampu mengalahkan Jalut dengan bala tentaranya. Allah berfirman:
Tatkala Jalut don tentaranya telah nampak oleh mereka, merekapun(Thalut dan tentaranya) berdo'a.
"Ya Tuhan kami, berilah kesabaran pada diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan
tolonglah kami terhadap orang-orang Kafrr. (al-Baqarah: 250).

9. Do'a sebagai pelarian dan tumpuan harapan orang-prang yang teraniaya.
Seperti yang di contohkan oleh Nabi-nabi terdahulu ketika dimusuhi oleh kaumnya,
bahkan akan dibunuh dan dianiaya. Mereka berdo'a kepada Allah. Seperti yang
diceritakan oleh Allah tentang Nabi Nuh.Sebelum mereka (kaum musyrikin Quraisy), kaum Nuh telah mendustakan (Nuh). Maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh)dan mengatakan)

"Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman." Maka dia mengadu kepada Tuhannya "bahwasannya aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu menangkanlah aku.(al Qamar: 9-10).

Begitu juga yang dilakukan oleh Nabi Adam sebelumnya, jaga oleh Nabi Ibrahim,
Nabi Yunus, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.

4 Syarat-Syarat Terkabulnya Do’a

Supaya do'a dikabulkan oleh Allah, maka ada beberapa syarat yang harus diperhatikan
sebelum berdo'a. Di antara syarat-syarat tersebut itu adalah:

1. Harus ikhlas dan yakin bahwa hanya Allah yang bisa mengabulkan permahonan,
dan meyakini bahwa tidak ada yang bisa memberi manfaat dan mencegah kemudharatan kecuali Allah semata.
Allah berfirman:

Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan
apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan,
dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi,Apakah disamping Allah ada Tuhan-Tuhan (yang lain yang berbuat seperti itu?). Amat sedikitlah kamu mengingat-Nya. (an Naml:62).

2. Ditujukan hanya kepada Allah semata. Allah berrman:
Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah,
maka janganlah kamu menyembah/berdo'a kepada seorangpun di
dalamnya di samping Allah. (al Jin: 18).

Dan sebagaimana pesan Rasulullah kepada lbnu Abbas dalam hadits panjangnya
Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah dan jika engkau minta
tolong, minta tolonglah kepada Allah.

3. Bertawassul kepada Allah dengan salah satu tawassul yang di benarkan, yaitu:

a) Bertawassul dengan Asmaa al-Husna (nama-nama Allah yang mulia) dan
sifat-sifat-Nya.Sebagaimana diperintahkan oleh Allah dalam rman-Nya:
Hanva milik Allah Asmaa al-Husna, maka bermohonlah kepada-
Nya dengan menyebut Asmaa al-Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut)namaNya, nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (al A'raf: 180).

Contoh bertawassul dengan Asmaa al-Husna:

Ya AI-Hayyu (Yang Maa Hidup), Ya Al-Qayyum (Yang terus
menerus mengurus makhluk-Nya), dengan rahmat-Mu aku mohon
pertolongan, perbaikilah semua urusanku, janganlah Engkau
memasrahkanku kepada diriku sendiri sekejap matapun.

b) Bertawassul Dengan Amal Shalih.
Sebagaimana firman Allah

Orang-orang yang berdo'a: "Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kami
telah heriman, maka ampunilah segala dosa Kand dan peliharalah
Kami dari siksa neraka. (Ali Imran: 16).
Seperti yang dilakukan oleh "Penghuni Gua" yang diceritakan oleh Rasulullah
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khattab berkata:
"Saya mendengar Rasulullah bercerita:

(Di masa) sebelum kalian ada tiga orang sedang berjalan-jaian,
kemudian mereka menemukan sebuah gua yang dapat digunakan
untuk berteduh dan neereka pun masuk, tiba-tiba ada batu yang
besar dari atas bukit menggelinding dan menutupi pinto gua.
Sehingga mereka tidak bisa keluar, salah seorang di antara mereka
berkata:

"Sungguh tidak ada yang bisa menyelamatkan kaiian dari
bahaya ini kecuali kalian berdo'a kepada Allah dengan
menyebut amal shalih yang pernah diperbuat"

Akhirnya setiap orang menyebut amal shalihnya. Yang pertama(menyebutkan) perbuatan baiknya kepada orang tuanya. Yang kedua (menyebutkan keadaannya yang) meninggalkan maksiat (zina)karena tnkut kepada Allah, padahal sudah berada di antara
dua kaki perempuan. Yang ketiga (menyebutkan) amanahnya,yaitu dia menyerahkan gaji pembantunya yang sudah lama pergi meninggalkannya.

c) Tawassul dengan do'a orang shalih yang hadir dan masih hidup.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas yang artinya:
Bahwa seorang Arab Badui mendatangi Nabi dan beliau sedang
khotbah jum'at. Ia mengadukan kekeringan yang terjadi, dan minta untuk dido'ahan supaya turun hujan. Rasulullah pun mendo'akannya. Bellau belum turun dari mimbar kecuali air hujan mengalir di jenggotnya.

Begitu juga yang dilakukan oleh para sahabat, mereka bertawassul dengan
do'anya al Abbas. Juga tawassulnya Muawiyah dengan do'anya al Aswad bin
Yazid at Jurasy.

4. Berdo'a dalam kebaikan bukan untuk dosa dan memutuskan silaturrahim.
Rasulullah bersabda:
Do'a seorang hamba akan dikabulkan selama tidak berdo'a untuk dosa
dan memutuskan kerabat.

5. Husnuzhan (berbaik sangka) kepada Allah bahwa Dia akan mengabulkan do'a kita,
kalaupun tak dikabulkan itu karena hikmah yang Allah lebih mengetahuinya.
Dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda: "Berdo'alah kepada Allah sambil kamu meyakini bahwa Allah akan nengabulkannya.

6. Menghadirkan hati dalam berdo'a Berta berusaha memahami makna dari do'anya.
Karena Rasulullah bersabda:
Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan menerima do'a dari hati yang
lalai.

7. Memperbaiki makanan dengan berusaha memakan yang halal.
Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang bertakwa.
(al-Maidah: 27).
Dan diriwayatkan oleh Abi Hurairah, Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali
yang baik. Dan Allah mmerinintahkan kepada orang-orang mukmin
sebagaimana Dia memerintahkan kepada para Rasul. Allah berrman:

"Hai para Rasul makanlah segala sesuatu yang baik, dan lakukanlah
pekerjaan yang baik",
Dia juga berfirman:
"Hai orang.orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik dari yang
telah Kami rizkikan kepadamu."

Kemudian Rasalullah menceritakan seseorang yang menempuh perjalanan
jauh, rambutnya kusut masai dan penuh debu, dia menengadahkan tangannya ke langit gambit berdo'a: °Wahai Tuhan,wahai Tuhan", sedangkan makanannya haram, minutnannya haram,pakaiannya dari yang haram dan perutnya di kenyangkan dengan
makanan haram, maka bagaimana mungkin permohonannya dikabulkan.

8. Sebaiknya berdo'a dengan do'a-do'a yang ada dalam al qur'an.

9. Menghindari I'tida' (melampaui batas) dalam berdo'a. (Bentuk-bentuk I'tida'
dalam berdo'a akan dljelaskan pada pembicaraan mengenai kesalahan-kesalahan
dalam berdo'a. Insya Allah)

Allah berrman:
Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang
lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (baik pada cara meminta dan apa yang diminta). (al A'raf: 55).

KISAH KAUM NABI LUTH ( ( لو ط

Kaum Nabi Luth a.s. adalah diantara kaum-kaum terdahulu yang terkenal dalam sejarah dunia, kerana mereka bergelumang dengan aktiviti hubungan jenis yang ganjil lagi keji. Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat. Kejadian ini dianggarkan berlaku kira-kira tahun 1800 SM1.

Nabi Luth a.s. telah diutuskan oleh Allah kepada satu kaum yang mendiami di sekitar Kota Sadum, iaitu terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin, Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang. Iaitu melakukan hubungan kelamin sesama lelaki dan meninggalkan perempuan. Kelakuan ini adalah suatu penyelewengan fitrah yang amat buruk.

Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah s.w.t. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 Ayat dalam 14 Surah. Antaranya ialah 16 Ayat dalam surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175.

Dalam ayat:160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya
mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.
Seterusnya dalam ayat:165-168, Allah s.w.t. merakamkan sebahagian dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini:

(165 ) “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia;

(166) “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan
hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah)
bahkan kamu ialah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”!

(167) Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Luth (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!”

(168) Nabi Luth berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”. Bagaimanapun Kaum Luth bukan sahaja menolak dakwah Nabi itu malahan mengugut untuk mengusirnya dari negeri Sadum. Akhirnya Nabi Luth bertawajjuh kepada Allah memohon supaya menyelamatkannya beserta keluarga dari kebinasaan yang akan ditimpa ke atas kaumnya. Lalu Allah menerima doanya itu dan membinasakan kota Sadum.

Kemudian ayat-ayat seterusnya menggambarkan balasan Tuhan terhadap Kaum Nabi Luth,
sebagaimana maksud ayat:172-173:

(172) Kemudian kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Luth)

(173) Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Balasan azab Allah ini juga disebut, dalam beberapa ayat yang lain.
Antaranya ayat:34 surah Al-‘Ankabut yang menerangkan tentang kedatangan utusan Allah iaitu malaikat-malaikat untuk membinasakan penduduk Sadum. Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan(kufur dan maksiat)”.

Maksud ayat ini menggambarkan pemandangan kebinasaan yang menimpa negeri itu dan penduduknya kecuali Luth dan keluarganya yang beriman sahaja. Besar kemungkinan peristiwa ini ialah peristiwa ledakan gunung berapi yang telah menunggang balik negeri itu dan menurunkan hujan batu semasa ledakan gunung-gunung berapi ini2.

Kesan-kesan kemusnahan khususnya di Tasik Nabi Luth atau dikenali sebagai Laut Mati itu masih kekal hingga ke hari ini dan menjadi bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang merenunginya di sepanjang abad, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat:35 surah Al-‘Ankabut maksudnya:
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya”.

Inilah untung nasib kesudahan yang tabi’i bagi generasi manusia yang keji dan rosak akhlak. Mereka tidak lagi layak hidup untuk melahirkan keturunan. Mereka hanya layak disapu bersih dan dihancurkan.

Wednesday, July 22, 2009

Doa Solat Terawih

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اللهم اجعل بالإيمان كاملين ، ولفرائضك مؤدين ، وللصلاة حافظين ، وللزكاة فاعلين ، ولما عندك طالبين ، ولعفوك راجين ، وبالهدى متمسكين ، وعن اللغو معرضين ، وفي الدنيا زاهدين ، وفي الآخرة راغبين ،وبالقضاء راضين ، وبالنعماء شاكرين ، وعلى البلايا صابرين ،
وتحت لواء سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم يوم القيامة سائرين وإلى الحوض واردين ، وفي الجنة داخلين ، وعلى سريرة الكرامة قاعدين ، وبحور عين متزوجين ، ومن سندس وإستبرق وديباج متلبسين ، ومن طعام الجنة آكلين ، ومن لبن وعسل مصفين شاربين ، بأكواب وأباريق وكأس من معين ، مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين .
اللهم اجعلنا في هذه الليلة الشهر الشريفة من السعداء المقبولين ولا تجعلنا اللهم من الأشقياء المردودين إلهنا عافنا واعف عنا واغفر اللهم لنا ولوالدينا ولأمهاتنا ولإخواننا ولأخواتنا ولأزواجنا ولأهلينا ولأهل بيتنا ولأجدادنا ولجداتنا ولمشائخنا ولمعلمينا ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات ،
واكتب اللهم السلامة والعافية علينا وعلى عبيدك الحجاج والغزاة والمسافرين والمقيمين في البر والبحر من المسلمين
وقنا شر الظالمين وانصرنا على القوم الكافرين ، يا مجيب السائلين ، واختم لنا ياربنا منك بخير ياأرحم الراحمين .
وصلى الله على خير خلقه محمد وعلى آله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين
آمين ، آمين بجودك آمين يا خير المسئولين يا الله ويا راحم الضعفاء والفقراء واليتامى والمساكين .
اللهم اعتق رقابنا ورقاب آبائنا وأمهاتنا وأجدادنا وجداتنا من النار أجمعين.
وتب وزك واعف عمن يقول آمين آمين آمين , وصلى الله عليه ، والحمد لله رب العالمين .اللهم ربنا تقبل منا صلاتنا وصيامنا وقيامنا وركوعنا وسجودنا وتخشعنا وتضرعنا وتعبدنا وتمم تقصيرنا يا الله يا الله ، برحمتك يا أرحم الراحمين والحمد لله رب العالمين.