Sunday, August 16, 2009

SENARAI SEMAK RAMADAN AL-MUBARAK





Perkara
- Menanti-nanti kehadiran bulan bulan Ramadan sejak bulan Rejab atau Sya’ban

- Amat gembira dengan kemunculan bulan Ramadan

- Membuat perancangan ibadat sepanjang bulan Ramadan

- Mohon bantuan dan pertolongan daripada Allah untuk menghadapi bulan Ramadan dengan jaya.

- Mohon “halawah” (kemanisan) ibadat.

- Berazam menunaikan ibadat puasa dengan sempurna tanpa cacat

- Memilih makanan yang halal semasa berbuka.

- Berbuka didahului dengan buah kurma

- Tidak melengahkan solat Maghrib selepas berbuka

- Berazam solat fardu secara berjamaah sepenuhnya di masjid / surau

- Bertekad solat taraweh berjamaah di masjid / surau setiap malam

- Memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa

- Memperbanyakkan sedekah / derma

- Memperbanyakkan taubat dan istighfar

- Menghabiskan bacaan al-Qur’an satu juzuk sehari

- Bertekad tahajjud setiap malam walaupun hanya dua rakaat

- Berdoa agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar

- Beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

- Memaafkan semua kesalahan orang ke atas diri kita walaupun mereka tidak meminta maaf

- Mohon kemaafan dari kedua ibu bapa

- Berdoa supaya Allah menerima puasa dan semua ibadat sepanjang bulan Ramadan.

- Berdoa agar dapat bertemu lagi bulan Ramadan akan datang

RAMADHAN DAN ANDA



[1] Penuh Kebaikan
Rumah pada setiap keadaan khususnya di bulan Ramadhan sepatutnya dipenuhi dengan kebaikan. Semua ahli berlumba-lumba untuk melakukannya. Salafussoleh pernah berkata: “Jika kamu mampu, pastikan jangan ada yang mendahului kamu dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah.” Malah Allah sendiri berfirman di dalam al Quran yang bermaksud: “Berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan.” FirmanNya lagi: “Orang yang saling berlumba-lumba (dalam kebaikan), maka mereka itulah orang-orang yang hampir kedudukannya (di sisi Allah). Alangkah indahnya jika setiap rumah menyusun pertandingan dalam melakukan kebaikan sesama ahli keluarga; tidak kira pada aspek perilaku ataupun akhlak, sedekah, tilawah al Quran dan juga ibadat-ibadat yang lain.

[2] Al Quran Sering Berkumandang
Al Quran dan Ramadhan sentiasa berkait rapat. Malaikat Jibrail a.s. sendiri akan bertadarus dengan baginda s.a.w .setiap hari di bulan Ramadhan. Pada tahun kewafatannya, baginda s.a.w .telah bertadarus bersama Malaikat Jibrail as sebanyak dua kali sepanjang tempoh Ramadhan. Justeru alangkah baiknya kalau diadakan majlis-majlis doa dan juga ibtihal bersama al Quran. Diriwayatkan bagaimana Anas ra apabila telah khatam al Quran, maka dia akan menghimpunkan semua ahli keluarganya untuk sama-sama berdoa.

[3] Dipenuhi Unsur Kerohanian
Rumah di bulan Ramadhan seumpama bunga yang mengeluarkan bau yang cukup harum. Ia seakan cahaya yg menerangi setiap bahagiannya. Semua anggota di dalamnya akan berkumpul pada waktu sahur dan juga berbuka. Ketika itu semuanya saling menghayati erti keimanan. Ia menjadi semakin indah apabila diserikan lagi dengan majlis berbuka bersama dengan sanak saudara, rakan sekerja dan juga jiran tetangga. Perkara ini pastinya akan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang, menerbitkan keceriaan, malah menyuburkan suasana keimanan.

[4] Penuh Kesedaran
Rumah yang mempunyai sifat ini pastinya akan berhati-hati sewaktu memilih terutamanya bahan-bahan dari media-massa. Neraca ukur mereka ialah sejauh manakah sesuatu perkara itu dapat melahirkan takwa kepada anggotanya. Ini tentunya bertepatan dengan nilai takwa yang menjadi antara objektif terbesar di sebalik ibadah puasa. Mereka cukup bimbang kalau-kalau perbuatan mereka itu akan merosakkan bulan yang penuh barakah ini sebagaimana yang disebut oleh Umar ra: “Puasa itu bukan sekadar menahan dari minum dan makan semata-mata, akan tetapi ia juga adalah menahan diri dari berdusta, melakukan kebatilan dan juga perkara yang sia-sia (lagho).”

Berikut adalah beberapa kebiasaan yang sepatutnya dikikis pada bulan yang mulia ini:• Membuang masa Sepatutnya tidak ada masa untuk melakukan perkara sia-sia. Baginda s.a.w .bersabda yang bermaksud: “Rugilah mereka yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Dan rugilah orang yang bangun malam (mengerjakan solat), tetapi hanya mendapat letih dan berjaga malam sahaja.”

• Banyak Tidur Puasa sepatutnya mengajar kita kurang tidur. Puasa bukan sahaja mengajar kita berlapar, malah mendidik kita supaya bangun malam (qiamullail), bangun sahur di waktu dinihari, menunaikan solat Subuh berjamaah, berzikir sehingga terbit matahari dan menunaikan solat Dhuha sebelum pergi ke tempat kerja.

• Kekenyangan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu berpuasa, maka ia lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.” Imam al Ghazali pernah berkata: “Puasa itu adalah penyuci jiwa dan riadhah kepada jasad. Perut yang lapar akan membuatkan hati bersih, membakar sikap disamping menajamkan lagi penglihatan. Sementara kekenyangan itu hanya akan menyebabkan dungu serta membutakan penglihatan.”

[5] Indahnya Malam
Alangkah indahnya kalau semua ahli keluarga dapat menghidupkan malam itu sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda saw, ahli keluarga dan para sahabatnya:.
Mereka menghidupkan malam dengan ketaatan kepada Tuhan (juga) dengan membaca Quran, bermunajat serta berdoa dengan penuh harap

[6] Menjelang Sepuluh Malam
Terakhir Peluang keemasan yang sepatutnya tidak dipersiakan. Daripada Aisyah ra berkata: Baginda s.a.w .telah bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, maka baginda akan mengikat kainnya (gambaran keadaan siap-siaga), menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya.” Di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa: Rasulullah s.a.w .bersungguh-sungguh pada 10 hari yang terakhir melebihi dari yang dilakukan pada hari-hari yang lain.”

[7] Lailatul Qadar
Bagi orang Islam ia merupakan malam yang penuh dengan kemuliaan, kebesaran dan ganjaran yang berlipat kali ganda iaitu menyamai 1000 bulan atau 83 tahun! Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al Quran) ini pada malam Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah itu Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun Malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al Qadr: 1- 5)

Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan hadis bermaksud: “Sesiapa menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan (ganjaranNya), maka baginya keampunan dosa-dosanya yang lalu.”

Baginda s.a.w .juga bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatul Qadr pada 10 hari yang terakhir (daripada bulan Ramadhan).”

Aisyah berkata kepada baginda saw: “Kalaulah aku diberi peluang menemui Malam Lailatul Qadr, maka apakah yang aku perlu aku katakan? Baginda menjawab: “Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunilah dosa-dosaku.”

TAHUKAH ANDA? Disamping menjadi bulan Ibadat dan membanyakkan taqarrub kepada Allah, ia juga adalah bulan jihad dan bulan kemenangan kepada umat Islam seperti yang tercatat indah di lembaran sejarah.
Antaranya ialah: PEPERANGAN DAN TARIKH
1. Badar Kubra, berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah
2. Fathu Mekah, berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah
3. Peperangan Al Qadisiyah berlaku pada tahun 15 Hijrah
4. Pembukaan Andalus berlaku pada tahun 92 Hijrah
5. Peperangan Ain Jalut berlaku pada 658 Hijrah
6. Pembebasan Sinai dari cengkaman Yahudi berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah

MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR'AN



Mukjizat secara ringkas adalah sesuatu yang menyalahi peraturan
alam yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada para rasul-Nya untuk
membuktikan kebenaran kerasulan mereka1. Saintifik pula bermakna
sesuatu yang dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains.
Oleh itu maksud mukjizat saintifik (Al-Qur'an) di sini, ialah ayat-ayat Al-Qur'an
yang membawa petunjuk ke arah ruang-ruang penyelidikan dan kajian yang
mendalam tentang lapisan langit dan bumi serta segala yang ada dalamnya.
Antara contoh-contoh fenomena alam itu termasuklah gerakan matahari,
bulan dan bumi, kekurangan oksigen di angkasa, persenyawaan awan,
pembahagian atom, gerakan bumi kerana hujan, perbezaan cap jari manusia,
arus dalaman dan permukaan dan sebagainya..

Mengenai arus dalaman dan permukaan umpamanya, Allah s.w.t. berfirman
maksudnya: "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan
(orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak
bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaannya)
gelap gelita berlapis-lapis –apabila orang itu mengeluarkan tangannya tak dapat ia
melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah!) sesiapa yang tidak dijadikan Allahmenurut
undang-undang peraturannya- mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka
tidaklah ia akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang
benar)". (Ayat: 40 surah An-Nur).

Dalam ayat ini antara lain terdapat isyarat kepada "arus dalaman" dan "ombak
arus permukaan". Ombak laut yang paling besar dan sangat menggerunkan
ialah ombak-ombak yang tidak dapat dilihat yang bergerak di dasar laut.
Sejak beberapa tahun yang lampau telah diketahui bahawa kapal-kapal yang
belayar di Kutub Utara sangat sukar bergerak pada tempat yang dinamakan
'air mati' yang sekarang ini dikenali sebagai arus dalaman.
Pada awal tahun 1900, pelaut-pelaut Scandinavia telah mendapati ada arus
di bawah permukaan air. Pada masa sekarang perkara ini lebih jelas lagi
diketahui, di mana arus dalaman ini kadang-kadang mencampakkan kapalkapal
selam, yang berlaku pada tempat air yang dalam, sama seperti ombakombak
permukaan laut mencampakkan kapal-kapal. Ombak-ombak ini,
berpecah apabila ia bertemu dengan arus teluk atau arus-arus lain yang kuat
di lautan dalam.

Ayat di atas mengatakan; “yang diliputi oleh ombak bertindih ombak” adalah
menunjukkan kepada ombak dalaman dan ombak-ombak permukaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan sifat yang diberikan oleh Al-Qur’an kepada laut
sebagai "lujji" ( لجي ) iaitu sangat dalam dan banyak mengandungi air.
Sebenarnya ayat yang mengisyaratkan tentang arus dalaman dan permukaan
di atas tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kedudukan ilmu dalam
masyarakat semasa ayat ini diturunkan.
Sejarah mencatitkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ummi
yang tidak ada kepandaian menulis dan membaca. Beliau lahir di Mekah
pada kurun ke 7 Masihi. Mekah pada masa itu bukanlah tempat penyebaran
ilmu-ilmu dunia. Muhammad s.a.w. pula sedikit pun tidak terdedah dengan
ilmu yang wujud di Syria, Iskandariah, Athen dan Rome. Teori saintifik yang
diiisyaratkan dalam Al-Qur'an tidak diketahui pada kurun berkenaan.
Kemajuan ilmu pengetahuan baru mula menyingkap rahsia ini sekitar abad
ke 18, 19 dan 206.

Kalau kita katakan bahawa Muhammad s.a.w. semasa mudanya pernah
melihat pandangan laut sebenarnya tidak lain dari melihat pantai laut Merah
atau Laut Mediteranian. Ini bukanlah sesuai dengan gambaran yang dibuat
oleh Al-Qur'an dalam ayat ini. Jadi nyatalah bahawa semua ini menjadi bukti
yang jelas kepada kita bahawa Al-Qur'an ialah wahyu Tuhan.