Sunday, August 16, 2009

MUKJIZAT SAINTIFIK AL-QUR'AN



Mukjizat secara ringkas adalah sesuatu yang menyalahi peraturan
alam yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada para rasul-Nya untuk
membuktikan kebenaran kerasulan mereka1. Saintifik pula bermakna
sesuatu yang dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains.
Oleh itu maksud mukjizat saintifik (Al-Qur'an) di sini, ialah ayat-ayat Al-Qur'an
yang membawa petunjuk ke arah ruang-ruang penyelidikan dan kajian yang
mendalam tentang lapisan langit dan bumi serta segala yang ada dalamnya.
Antara contoh-contoh fenomena alam itu termasuklah gerakan matahari,
bulan dan bumi, kekurangan oksigen di angkasa, persenyawaan awan,
pembahagian atom, gerakan bumi kerana hujan, perbezaan cap jari manusia,
arus dalaman dan permukaan dan sebagainya..

Mengenai arus dalaman dan permukaan umpamanya, Allah s.w.t. berfirman
maksudnya: "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan
(orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak
bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaannya)
gelap gelita berlapis-lapis –apabila orang itu mengeluarkan tangannya tak dapat ia
melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah!) sesiapa yang tidak dijadikan Allahmenurut
undang-undang peraturannya- mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka
tidaklah ia akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang
benar)". (Ayat: 40 surah An-Nur).

Dalam ayat ini antara lain terdapat isyarat kepada "arus dalaman" dan "ombak
arus permukaan". Ombak laut yang paling besar dan sangat menggerunkan
ialah ombak-ombak yang tidak dapat dilihat yang bergerak di dasar laut.
Sejak beberapa tahun yang lampau telah diketahui bahawa kapal-kapal yang
belayar di Kutub Utara sangat sukar bergerak pada tempat yang dinamakan
'air mati' yang sekarang ini dikenali sebagai arus dalaman.
Pada awal tahun 1900, pelaut-pelaut Scandinavia telah mendapati ada arus
di bawah permukaan air. Pada masa sekarang perkara ini lebih jelas lagi
diketahui, di mana arus dalaman ini kadang-kadang mencampakkan kapalkapal
selam, yang berlaku pada tempat air yang dalam, sama seperti ombakombak
permukaan laut mencampakkan kapal-kapal. Ombak-ombak ini,
berpecah apabila ia bertemu dengan arus teluk atau arus-arus lain yang kuat
di lautan dalam.

Ayat di atas mengatakan; “yang diliputi oleh ombak bertindih ombak” adalah
menunjukkan kepada ombak dalaman dan ombak-ombak permukaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan sifat yang diberikan oleh Al-Qur’an kepada laut
sebagai "lujji" ( لجي ) iaitu sangat dalam dan banyak mengandungi air.
Sebenarnya ayat yang mengisyaratkan tentang arus dalaman dan permukaan
di atas tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kedudukan ilmu dalam
masyarakat semasa ayat ini diturunkan.
Sejarah mencatitkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang ummi
yang tidak ada kepandaian menulis dan membaca. Beliau lahir di Mekah
pada kurun ke 7 Masihi. Mekah pada masa itu bukanlah tempat penyebaran
ilmu-ilmu dunia. Muhammad s.a.w. pula sedikit pun tidak terdedah dengan
ilmu yang wujud di Syria, Iskandariah, Athen dan Rome. Teori saintifik yang
diiisyaratkan dalam Al-Qur'an tidak diketahui pada kurun berkenaan.
Kemajuan ilmu pengetahuan baru mula menyingkap rahsia ini sekitar abad
ke 18, 19 dan 206.

Kalau kita katakan bahawa Muhammad s.a.w. semasa mudanya pernah
melihat pandangan laut sebenarnya tidak lain dari melihat pantai laut Merah
atau Laut Mediteranian. Ini bukanlah sesuai dengan gambaran yang dibuat
oleh Al-Qur'an dalam ayat ini. Jadi nyatalah bahawa semua ini menjadi bukti
yang jelas kepada kita bahawa Al-Qur'an ialah wahyu Tuhan.

No comments:

Post a Comment